RSS

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu

Tarikh                         : 12 April 2012
Masa                          : 11.00 – 12.00 tengah hari ( 60 minit )
Tajuk                          : Petani Yang Berjaya
Tahun                        : 3 Delima ( 17 orang :- 7 lelaki, 10 perempuan )
Pakej / Modul            : Pakej 3 ( Kemahiran Lisan ; Kemahiran    Membaca )

HPU                           : 1.0     Berbual dengan keluarga, rakan sebaya dan pihak
                                                lain dalam situasi formal atau tidak formal/
  6.0     Membaca dan memahami maklumat yang terdapat
dalam pelbagai teks.
11.0   Membuat tugasan tentang bahan yang didengar,
ditonton, dibaca.
                                           
HPK                            : 1. 2    Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara
                                                 secara bertatatusila.
  6.4     Membaca dengan pantas secara luncuran untuk
                                                 mendapatkan maklumat yang menyeluruh.
 11.1   Menyatakan pandangan tentang perkara yang
             menarik dalam sesebuah karya.
      
HHP                           : 1. 2 Aras 2 ( ii )
                                      Memberikan respon yang sesuai berdasarkan soalan yang
                                      dikemukakan.
  6.1 Aras 2 ( i )
                                     Menyatakan idea tentang sesuatu teks yang dibaca.
 11.1 Aras 2 ( i )
 Menyatakan pendapat tentang perkara yang menarik.




Objektif                       : Pada akhir pembelajaran, murid dapat :
1.         Bercerita tentang perkara yang didengar iaitu mengenai “ Petani Yang Berjaya “.
2.         Membaca teks “ Petani Yang Berjaya “ dengan sebutan dan intonasi yang betul dan menarik.
3.         Menjawab soalan pemahaman dan tatabahasa yang diberikan.



Aktiviti P & P             : 1.       Tayangan gambar dalam program “ Power Point ”
                                                bersoal jawab dengan murid.
2.         Membaca teks yang disediakan oleh seorang murid di
hadapan kelas dan diikuti oleh murid lain.
3.         Murid menjawab soalan dalam kumpulan.
4.         Guru membincangkan teks dengan murid.
5.         Guru membuat rumusan dan mengutip hasil kerja murid untuk disemak

Sistem bahasa        
  • Kosa kata ( makna ayat )
  • Sebutan dan intonasi


Pengisian Kurikulum
  • Kemahiran Bernilai Tambah         : Kecerdasan Pelbagai ( Verbal –
linguistik, interpersonal dan intrapersonal )
: Kontekstual ( menghubugkaitkan 
  pelajaran – kehidupan )

: Kemahiran berfikir ( membuat kaitan
  dengan kehidupan )

Sistem Pengajaran                                      : Direktif

Kemahiran Generik
  • Kemahiran Relajar                          : Kemahiran belajar : pemerolehan
  maklumat dari pelbagai sumber
  ( kemahiran carian )



Penekanan Konsep 5P
  • Penggabungjalinan            : 1.       Kemahiran lisan
2.       Kemahiran membaca
3.       Kemahiran menulis

  • Penyerapan              : Ilmu                      : Pendidikan Moral
: Nilai – nilai murni : Rajin berusaha

  • Pemulihan                : Meminta murid – murid membaca semula teks
  “ Petani Yang Berjaya ” dengan bantuan rakan
  yang boleh membaca dengan lebih baik

  • Pengayaan               : Meminta murid – murid mencari makna perkataan
  yang dapat menonjol erti kata – kata yang baru
  dipelajari oleh mereka

  • Penilaian                   : Murid menjawab soalan yang diedarkan oleh guru


Bahan sumber P & P         
  • Bahan bercetak        : Petikan dan Gambar
: Lembaran kerja
  • Tayangan bergambar di dalam program “ Power Point ”, komputer riba


Pengetahuan Perlu Ada
  • Murid boleh membina ayat daripada perkataan yang diberikan


Aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran

Langkah
dan Masa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Set Induksi
( 4 minit )











Soalan :

 1) Tayangan gambar dalam program ”Power Point”.

Gambar :
   - padi menguning
   - jentera penuai
   - kebun sayuran
   - kambing
   - lembu
   - ayam
   - itik





a) Guru menunjukkan gambar dalam program “ Power Point ” kepada murid dan bertanya kepada murid tentang setiap gambar yang ditunjukkan.

b) Murid akan timbul perasaan ingin tahu

c) Guru memperkenalkan tajuk pengajaran dengan mengedarkan petikan bergambar bertajuk “ Petani Yang Berjaya ”


  • Muzik
  • Komputer riba
  • Kecerdasan pelbagai 
     - intrapersonal
     - interpersonal
     - verbal –
       linguistik
Langkah 1
( 8 minit )

Petikan bergambar “ Petani Yang Berjaya ”








a) Seorang murid dipilih membacakan teks “ Petani Yang Berjaya ” di hadapan kelas dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dan murid – murid lain dikehendaki mengikut bacaan tersebut.


  • Kemahiran lisan dengan cekap
Langkah 2
( 15 minit )
 Soalan :

1) Perbincangan oleh guru

2) Soalan :
    i) Siapakah Pak
       Abu?
    ii) Apakah yang
       dilakukan oleh
       Pak Abu di
       sawahnya?
   iii) Kemanakah Pak
       Abu pergi selepas
       menuai?
   iv) Siapakah yang
       selalu membantu
       Pak Abu
       membersihkan
       kebun sayurnya?



a) Guru membincangkan tentang teks “ Petani Yang Berjaya ” dan bersoal jawab dengan murid

b) Guru menyuruh murid bercerita kembali apa yang difahami oleh mereka tentang teks “ Petani Yang Berjaya ”


§  Verbal – linguistik
§  Kemahiran menjawab soalan
§  Gambar – gambar Power Point
Langkah 3
( 15 minit )





























Langkah 4
( 15 minit )
Soalan pemahaman
( objektif )

1) Siapakah Pak Abu
A Petani yang berjaya
B Peniaga yang berjaya
C Nelayan yang berjaya

2) Apakah yang dilakukan oleh Pak Abu di sawahnya?
A Menuai padi
B Membajak sawah
C Membanting padi

3) Ke manakan Pak Abu pergi selepas menuai padi?
A Ke kolam ikan
B Ke kebun sayur
C Ke ladang ternakan

4) Siapakah yang selalu membantu Pak Abu membersihkan kebun sayurnya?
            A Rahim
            B Rahmat
            C Rashid

Memberi makna perkataan

1) menguning
2) penuai
3) titik peluh
4) memetik
5) singgah
6) menternak
8) subur
9) membantu



a) Guru mengedarkan soalan pemahaman objektif dan murid – murid dikehendaki menjawab kesemua soalan

b) Dua orang murid pemulihan akan diberikan latihan berbentuk latihan mewarna dan menyalin semula ayat



















a) Murid dikehendaki memberi makna perkataan – perkataan yang telah disediakan oleh guru berdasarkan teks “ Petani Yang Berjaya ” dalam kumpulan yang telah dibentuk

b) Murid – murid dibahagikan kepada 3 kumpulan





  • Kecerdasan pelbagai : interpersonal





























  • Kecerdasan perlbagai : interpersonal, intrapersonal





Penutup
( 3 minit )

Soal Jawab


Rumusan


a) Guru bersoal jawab dengan murid

b) Guru merumuskan kembali pengajaran pada hari ini dan mengutip hasil kerja murid untuk disemak.

c) Guru mengakhiri pembelajaran pada kali ini dengan ucapan tarima kasih.

  • Kontekstual : menghubung-
kan pengajaran dengan kehidupan











SUKATAN PELAJARAN


PENDAHULUAN

Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub
dalam Akta Pendidikan 1996, Bahasa Melayu ialah mata pelajaran
teras di semua sekolah rendah dan menengah. Bahasa Melayu
berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan
rakyat di Malaysia. Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina
rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan
pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai pemangkin kepada
semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua
rakyat dalam satu wawasan. Pendidikan Bahasa Melayu
mempunyai potensi untuk dimartabatkan dan diperluas ke peringkat
antarabangsa khususnya menerusi teknologi maklumat dan
komunikasi.



Kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah bertujuan untuk
memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
emosi, rohani dan jasmani. Kurikulum Bahasa Melayu
menyediakan murid menguasai kecekapan berbahasa dan
berkomunikasi dengan menggunakan peraturan tatabahasa secara
betul dan tepat. Murid mampu mengungkapkan bidang ilmu
daripada pelbagai disiplin atau mata pelajaran di samping
mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.



Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah merangkumi
kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur,
Kemahiran Membaca, dan Kemahiran Menulis. Penumpuan pada
kemahiran-kemahiran ini membolehkan murid menggunakan
bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan
sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup.
Pendidikan Bahasa Melayu juga memberikan pertimbangan
terhadap pelbagai gaya pembelajaran, minat, dan kecerdasan
yang berbeza antara satu sama lain di kalangan murid dengan
menekankan pembelajaran masteri dan penyerapan kemahiran





bernilai tambah. Aktivti kokurikulum yang dijalankan di luar waktu
sekolah adalah penting sebagai sokongan untuk memantapkan
ilmu dan pengalaman pembelajaran di bilik darjah.



Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun Enam
merupakan perincian kepada kandungan Sukatan Pelajaran
Bahasa Melayu sekolah rendah dan berfungsi sebagai panduan
untuk guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Huraian sukatan
pelajaran ini disediakan bagi setiap tahun pembelajaran, iaitu tahun
satu hingga tahun enam.



Huraian sukatan pelajaran ini mengandungi Matlamat, Objektif,
Organisasi Kurikulum, Penerangan tentang Huraian Sukatan
Pelajaran, dan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran. Organisasi
Kurikulum merangkumi Kemahiran Bahasa, Hasil Pembelajaran,
Sistem Bahasa, dan Pengisian Kurikulum.





MATLAMAT

Matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah adalah untuk
melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan
berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri dalam urusan harian,
perhubungan sosial dan memperoleh ilmu.



OBJEKTIF MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH
RENDAH



 Pada akhir sekolah rendah murid dapat:



i. mendengar dan memahami pengucapan dengan teliti serta
menghayatinya dalam konteks perbualan harian dan situasi
formal;




ii. bertutur dengan petah menggunakan sebutan dan intonasi
yang betul dalam pelbagai situasi;




iii. berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan
masalah, mencapai persetujuan, dan membuat keputusan
tentang sesuatu perkara;



iv. membaca pelbagai bahan sastera dan bahan bukan sastera
dengan menggunakan teknik membaca yang sesuai dan
berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses maklumat
secara kritis;




v. memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah
membina budaya pembelajaran berterusan;




vi. memperkembang imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan
penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca,
dan menulis;




vii. mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif
dan berunsur pengetahuan dengan menggunakan
kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan
betul;




viii. menggunakan bahasa baku yang meliputi tatabahasa, ejaan,
kosa kata, serta sebutan dan intonasi yang betul dalam
aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis;




ix. menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya
sastera dan karya bukan sastera; dan




x. menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif,
semangat patriotik, dan kewarganegaraan.







OBJEKTIF MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH
KEBANGSAAN TAHUN ENAM

Pada akhir tahun enam murid dapat:



i. mendengar dengan teliti serta memahami pengucapan
dalam konteks perbualan harian dan situasi formal;




ii. bertutur dengan petah menggunakan sebutan dan intonasi
yang betul secara bertatasusila;




iii. berbincang dan berkongsi pendapat tentang sesuatu perkara;




iv. membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang
berunsur ilmu;




v. menghasilkan pelbagai jenis penulisan dengan menggunakan
proses penulisan yang sesuai;




vi. menulis teks dengan menggunakan tulisan berangkai yang
kemas dan cantik;




vii. menghasilkan karangan dengan menggunakan tidak kurang
daripada 80 perkataan;




viii. menggunakan bahasa baku yang meliputi tatabahasa, kosa
kata, sistem ejaan, dan sebutan yang betul;




ix. mengamalkan budaya membaca dalam kehidupan seharian;
dan




x. menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, dan
semangat patriotisme.








ORGANISASI KURIKULUM

Kandungan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu ini meliputi
Kemahiran Bahasa, Hasil Pembelajaran, Sistem Bahasa, dan
Pengisian Kurikulum. Semua perkara ini dinyatakan di bawah:



a. Kemahiran Bahasa



Kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar, kemahiran
bertutur, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis.
Kemahiran bahasa ini merupakan teras kepada penguasaan
bahasa baku.



Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan murid
mendengar dengan teliti, memahami, dan menghayati perkara
yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat
memberikan maklum balas.



Kemahiran bertutur merujuk kepada keupayaan murid
berbicara secara lisan untuk menjalin hubungan,
menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang
kritis dan kreatif, dengan sebutan dan intonasi yang betul
secara sopan. Penekanan diberikan pada pengucapan yang
menggunakan tatabahasa yang betul.



Kemahiran membaca merujuk kepada keupayaan murid
membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang
betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan
penaakulan pelbagai bahan ilmu dan sastera secara kritis
dengan menggunakan pelbagai teknik bacaan. Di samping itu,
murid berupaya menghayati teks yang dibaca.







Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis
perkataan dan ayat, serta mengeluarkan idea melalui pelbagai
jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan
dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang
gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang
jelas dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti
mereka untuk menghasilkan penulisan bahan ilmu dan
imaginatif.



b. Hasil Pembelajaran



Hasil pembelajaran ialah pernyataan yang ditafsirkan daripada
objektif kurikulum bahasa. Pernyataan hasil pembelajaran
merupakan petunjuk yang jelas tentang set kemahiran yang
perlu dicapai oleh murid. Hasil pembelajaran dibina dengan
menyepadukan kemahiran bahasa, sistem bahasa, dan
pengisian kurikulum. Oleh itu, murid perlu menguasai
kemahiran berbahasa yang terdapat dalam setiap hasil
pembelajaran. Hasil pembelajaran dapat membantu guru
memilih kandungan, kaedah, sumber, dan prosedur pengajaran
yang relevan dan berkesan. Pendekatan yang berfokus pada
gaya pembelajaran yang pelbagai dapat membantu murid
mencapai hasil pembelajaran. Selain itu, hasil pembelajaran
juga membantu dalam membuat pengukuran dan penilaian
pencapaian murid.



c. Sistem Bahasa




Sistem bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran merujuk
kepada bahasa Melayu baku yang terdiri daripada tatabahasa,
sistem ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata, dan peribahasa.
Pelaksanaan sistem bahasa dalam pendidikan Bahasa Melayu
membolehkan murid menggunakan dan mengamalkan bahasa
Melayu baku.







d. Pengisian Kurikulum




Pengisian kurikulum terdiri daripada elemen yang
mencantumkan teras utama dalam kehidupan masyarakat
Malaysia dan perkembangan terkini dalam pendidikan, iaitu
ilmu, nilai murni, kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya,
dan kemahiran bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir,
kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran
belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai,
pembelajaran konstruktivisme dan pembelajaran kontekstual.
Semua elemen ini dapat diaplikasikan oleh murid dalam dunia
pekerjaan. Di samping itu, nilai murni, serta patriotisme dan
kewarganegaraan diberikan penekanan selaras dengan
matlamat negara untuk membangunkan masyarakat madani.





PENERANGAN TENTANG HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

Huraian Sukatan Pelajaran Tahun Enam dipersembahkan dalam
tiga lajur. Lajur pertama ialah Hasil Pembelajaran. Lajur kedua
Huraian Hasil Pembelajaran, dan lajur ketiga ialah Cadangan
Aktiviti / Nota.



a. Hasil Pembelajaran



Hasil Pembelajaran dalam lajur pertama mengandungi
pernyataan hasil pembelajaran yang terdapat dalam Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah. Pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu memberikan
tumpuan pada murid untuk menguasai hasil pembelajaran.











Hasil pembelajaran tahun enam adalah seperti yang berikut:



Kemahiran
Bahasa



Hasil
Pembelajaran



Kemahiran Berbahasa



Mendengar
& Bertutur

1.0

1.1, 1.2, 1.3, 1.4, 1.5, 1.6

2.0

2.1, 2.2

3.0

3.1, 3.2, 3.3

4.0

4.1, 4.2, 4.3, 4.4



Membaca



5.0

5.1, 5.2

6.0

6.1, 6.2, 6.3, 6.4, 6.5, 6.6

7.0

7.1, 7.2, 7.3



Menulis



8.0

8.1, 8.2, 8.3, 8.4, 8.5, 8.6

9.0

9.1, 9.2, 9.3

10.0

10.1, 10.2, 10.3

11.0

11.1, 11.2, 11.3, 11.4







Hasil pembelajaran bagi kemahiran mendengar dan bertutur
merangkumi kemahiran berbual, bercerita, menyampaikan
maklumat dan berbincang. Kemahiran membaca pula
memberikan penekanan pada kemahiran membaca kuat,
membaca dan memahami maklumat, serta membaca,
menaakul, dan menghayati teks yang dibaca. Bagi kemahiran
menulis, tumpuan diberikan pada kemahiran menggunakan
pelbagai jenis ayat, dalam menghasilkan penulisan.
Penekanan juga diberikan pada kemahiran mencatat dan
menyusun maklumat serta menghasilkan penulisan kreatif dan
bukan kreatif.













b. Huraian Hasil Pembelajaran



Huraian Hasil Pembelajaran dalam lajur kedua menyatakan
secara jelas aras kemahiran yang perlu dicapai oleh murid
mengikut tahap keupayaan dan kemajuan mereka sama ada
pada Aras 1, Aras 2, atau Aras 3. Aras 1 ialah aras paling
asas yang harus dicapai oleh semua murid. Kandungan
kurikulum bagi aras ini adalah yang paling minimum yang harus
dikuasai oleh semua murid. Aras 2 ialah aras bagi murid yang
berpencapaian sederhana manakala Aras 3 ialah aras paling
tinggi bagi murid yang berpencapaian cemerlang.
Pemeringkatan berdasarkan aras ini sejajar dengan
pembelajaran masteri dan membolehkan murid yang cemerlang
terus maju tanpa mengabaikan murid yang berpencapaian
rendah.



Apabila murid berupaya mencapai Aras 1, maka mereka boleh
meneruskan pembelajaran ke Aras 2 dan seterusnya ke Aras 3.
Sekiranya seseorang murid masih tidak berupaya mencapai
Aras 1, maka guru hendaklah melatih dan membimbing murid
tersebut sehingga mereka menguasai aras tersebut
sepenuhnya. Dalam hal ini, penilaian terhadap pencapaian
murid bagi setiap aras perlu dilaksanakan untuk mengenal pasti
sama ada murid perlu dibimbing lagi atau boleh beralih ke
pelajaran seterusnya.



c. Cadangan Aktiviti / Nota

Cadangan Aktiviti / Nota dalam lajur ketiga mengandungi
cadangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta bahan
bantu belajar di bilik darjah. Cadangan tersebut disesuaikan
dengan Huraian Hasil Pembelajaran serta mengambil kira
elemen yang terkandung dalam pengisian kurikulum,
contohnya kemahiran meramal dan membuat pilihan
menggunakan kajian masa depan atau mengaplikasikan jenis
kecerdasan pelbagai yang unik bagi seseorang murid. Semua
cadangan ini hanyalah sebagai panduan untuk guru. Guru
boleh mengubah suai atau memilih teknik atau aktiviti lain yang
sesuai dengan kebolehan murid.















 Paparan Contoh Huraian Sukatan Pelajaran



 Hasil Pembelajaran

Huraian Hasil Pembelajaran

Cadangan Aktiviti / Nota









10.0 Menghasilkan penulisan kreatif
dan bukan kreatif


 10.1 Menghasilkan pelbagai
genre ( prosa dan puisi)
termasuk e-mel yang
mudah, menarik, dan
bermakna.






















Aras 1



i. Mengenal pasti isi daripada
pelbagai sumber berdasarkan
tajuk.




ii. Membina draf karangan yang
lengkap.






















• Merujuk pelbagai sumber untuk
mendapatkan maklumat.





• Membina kerangka karangan
berdasarkan maklumat yang
diperoleh.




























Huraian kemahiran
berbahasa

Kemahiran berbahasa

Hasil pembelajaran

Cadangan aktiviti / nota




STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

a. Pendekatan Berpusatkan Murid



Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan
Bahasa Melayu haruslah berpusatkan murid bagi membolehkan
mereka berinteraksi dan menguasai kemahiran belajar melalui
pengalaman sendiri. Oleh itu, murid dapat membina keyakinan
berbahasa. Pendekatan berpusatkan murid selari dengan
pembelajaran masteri yang menekankan keperluan memastikan
murid menguasai hasil pembelajaran yang ditetapkan. Melalui
pembelajaran masteri murid diberi peluang untuk maju
mengikut kadar keupayaan mereka sendiri. Dalam hal ini
aktiviti penilaian, pemulihan, dan pengayaan perlu dijadikan
sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.





b. Kepelbagaian Teknik



Pendidikan Bahasa Melayu sekolah rendah menggalakkan
penggunaan pelbagai kaedah mengajar. Guru boleh memilih
pendekatan, kaedah serta teknik pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan murid. Kaedah
dan teknik perbincangan, simulasi, projek, dan inkuiri
berasaskan pembelajaran kajian masa depan, kecerdasan
pelbagai dan konstruktivisme umpamanya, dapat meningkatkan
minat murid terhadap pelajaran. Keberkesanan pengajaran
bergantung pada pengolahan teknik dan penggunaan bahan
bantu dan teknologi yang dapat merangsang dan
menggalakkan murid berinteraksi serta berfikir secara kritis dan
kreatif.













c. Kepelbagaian Sumber Bahan



Penggunaan pusat sumber dan komputer sangatlah digalakkan
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Bahanbahan
seperti akhbar, majalah, buku rujukan, kamus, bahan
daripada internet, perisian kursus, serta bahan sastera dan
bukan sastera hendaklah digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran dan untuk bacaan luas.





d. Penggunaan Tatabahasa yang Tepat



Pendidikan Bahasa Melayu sekolah rendah menekankan
penggunaan tatabahasa yang tepat. Untuk mencapai tujuan
tersebut, guru perlu merancang dan memilih aspek
tatabahasa yang hendak diajarkan berserta contoh
penggunaannya dalam pelbagai konteks dan kegiatan bahasa
yang bermakna sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.





e. Pengajaran dan Pembelajaran Bertema



Pendekatan bertema amat diigalakkan dalam pengajaran
bahasa. Melalui pengajaran dan pembelajaran bertema,
kemahiran bahasa, pembelajaran tatabahasa dan
pengembangan kosa kata dapat disepadukan dan dikukuhkan.
Di samping itu, ilmu daripada mata pelajaran dan disiplin lain
lebih mudah diserapkan. Bagi tujuan ini, guru perlu merancang
dan menentukan tema bagi pengajarannya yang meliputi
bidang ilmu, hal persendirian dan kemasyarakatan serta isu
semasa.







f. Bacaan Luas



Bacaan luas memberikan peluang kepada murid untuk
menimba ilmu pengetahuan dan membentuk sahsiah yang baik
bagi meningkatkan daya berfikir dan minat ingin terus
membaca. Bacaan luas boleh dijalankan dalam pendidikan
Bahasa Melayu dengan menggunakan bahan ilmiah dan bahan
sastera. Pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan
secara serapan.





g. Penggabungjalinan



Penggabungjalinan merupakan proses yang penting dalam
pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa
kemahiran dapat dikuasai serentak. Penggabungjalinan
berlaku antara hasil pembelajaran, serta antara kemahiran
bahasa dengan tatabahasa, kosa kata, dan peribahasa.
Penggabungjalinan ini dihuraikan seperti yang berikut:



i. Kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur,
membaca dan menulis boleh digabungkan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, sekurang-kurangnya antara
dua kemahiran. Misalnya kemahiran mendengar dan
bertutur digabungjalinkan dengan kemahiran menulis.
Penggabungjalinan kemahiran bahasa ini bertujuan untuk
mencapai hasil pembelajaran.



ii. Tatabahasa boleh digabungkan secara terancang dalam
konteks dengan kemahiran mendengar, bertutur, membaca
dan menulis.




iii. Kosa kata dan peribahasa yang hendak diajarkan harus
digabungkan secara terancang dengan semua aktiviti
kemahiran bahasa, misalnya melalui aktiviti lakonan atau
perbahasan; membaca teks yang mengandungi kosa kata
(sama ada kata umum atau istilah), dan peribahasa; serta
melalui latihan menggunakan kosa kata dan peribahasa
yang betul dalam pelbagai genre penulisan.







h. Penyerapan



Penyerapan ialah proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu,
nilai murni, dan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu. Penyerapan unsur-unsur ini
dihuraikan seperti yang berikut:



i. Isi pelajaran Bahasa Melayu menyerapkan pelbagai bidang
ilmu serta pelbagai tema yang mencakup hal-hal
persendirian dan kemasyarakatan.




ii. Semangat kewarganegaraan dan nilai murni masyarakat
Malaysia yang berlandaskan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan hendaklah diserapkan dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu. Meskipun penyerapan
dilakukan secara sedar dan terancang namun murid
menyerap ilmu dan nilai tersebut secara natural.




iii. Kemahiran berfikir hendaklah diserapkan secara terancang
dengan kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan
menulis. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu ini
memberikan penekanan pada kemahiran berfikir secara
kritis dan kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran.




Kemahiran berfikir yang perlu diserapkan dalam pengajaran
dan pembelajaran bahasa adalah seperti yang berikut:



• Mencirikan
• Mengelaskan, mengumpulkan, mengkategorikan




• Menghubungkaitkan
Membanding
• kan dan membezakan
Menyusun atur
• Menentukan urutan
• Mengenal pasti kenyata
• Membezakan fakta dengan pendapat
• Menganalisis
• Mengesan kecondongan
• Mengenal pasti sebab akibat
• Meramalkan
• Mensintesiskan
• Mengitlak
• Menganalogik
• Membuat inferens
• Membuat kesimpul
• Menginterpretasikan, m
• Mengenal pasti idea utama dan idea s
• Menilai
an idea
• Menjanak
• Mereka cipta
Merumuskan, merin
• Membuat k
eputusan
• Menyelesaikan masalah
ntuk membolehkan


U

(bertumpu, bercapah, dan lingkaran soalan) serta peta
minda perlu digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.


cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai,
pembelajaran konstruktivisme dan pembelajaran
kontekstual juga perlu diserapkan dengan mengambil kira
kesesuaiannya dengan hasil pembelajaran yang ingin
dicapai, kebolehan murid, serta sumber yang ada.




Penilaian ia

pembelajaran. Penilaian merupakan aktiviti untuk mendapatkan
maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu
hasil pembelajaran dan objektif pengajaran dan pembelajaran.
Oleh itu, penilaian yang berterusan perlu dijalankan. Melalui
penilaian yang berterusan, guru dapat memastikan tindakan
susulan yang perlu diambil terhadap seseorang murid, sama
ada dalam bentuk aktiviti pemulihan atau pengayaan.




j. Pemulihan


Aktiviti pe

menguasai hasil pembelajaran yang belum dicapai. Aktiviti ini
dilaksanakan mengikut kadar kemampuan murid.





Aktiviti pen

berbeza tahap kebolehan, keupayaan, bakat dan minat. Murid
yang menguasai hasil pembelajaran lebih awal atau dalam
jangka masa yang ditetapkan diberikan aktiviti atau tugasan
yang lebih mencabar untuk dilaksanakan secara bersendirian
atau dengan bimbingan guru.








SISTEM BAHASA

Sistem bahasa berfokus pada pengajaran dan pembelajaran
tatabahasa, sistem ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata, dan
peribahasa. Penerangan ringkas bagi perkara tersebut dinyatakan
di bawah.



a. Tatabahasa



Tatabahasa hendaklah dijadikan dasar kecekapan berbahasa
dan diajarkan secara terancang dalam konteks untuk ketepatan
berbahasa. Kandungan tatabahasa terdiri daripada morfologi
dan sintaksis.



I. Morfologi



Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur,
bentuk dan golongan kata. Struktur kata ialah susunan bentuk
bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa
yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa
sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses
pengimbuhan, pemajmukan, dan penggandaan. Penggolongan
kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan
keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain dalam
golongan kata yang sama. Aspek morfologi yang diberikan
tumpuan ialah:



i. Struktur kata yang merujuk kepada pola suku kata bagi:
- kata asli bahasa Melayu

 - kata pinjaman bahasa Melayu






ii. Bentuk kata terdiri daripada:

- kata tunggal

- kata terbitan



- kata majmuk

- kata ganda





 Proses pembentukan kata bahasa Melayu meliputi:

- pengimbuhan

- penggandaan

- pemajmukan





Antara ketiga-tiga proses pembentukan di atas, yang amat
kompleks ialah pengimbuhan. Oleh itu, penekanan
hendaklah diberikan pada aspek penggunaan imbuhan yang
betul dari sudut bentuk dan makna, termasuk aspek baru
dalam proses pengimbuhan.



iii. Golongan kata terdiri daripada:
- kata nama
- kata kerja
- kata adjektif
- kata tugas






 II. Sintaksis



Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk,
struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Ini bermakna, bidang
sintaksis ialah kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa
yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan
perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat.
Aspek sintaksis yang diberikan tumpuan ialah:



i. Unsur utama ayat yang terdiri daripada kata, frasa, klausa
dan pembinaannya, serta pembahagian subjek dan predikat




ii. Jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah,
dan ayat seruan


iii. Ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasif


iv. Susunan ayat, iaitu susunan biasa dan songsang
v. Binaan ayat:
- ayat dasar

- ayat tunggal

- ayat terbitan atau majmuk


vi. Proses penerbitan ayat:
- konsep ayat terbitan

- proses pengguguran

- proses penyusunan semula

- proses peluasan


vii. Aspek tanda baca








b. Sistem Ejaan



Perkara yang ditekankan ialah:

 i. Pola keselarasan huruf vokal

 ii. Ejaan kata pinjaman

 iii. Ejaan kata dasar dan kata terbitan





c. Sebutan dan Intonasi



Sebutan dan intonasi diajarkan supaya murid dapat menyebut
perkataan dan ayat dengan betul serta memahami intonasi dan
jeda. Kemahiran yang dipupuk ialah kebolehan mengenal pasti
dan membezakan pelbagai aspek dalam sebutan dan intonasi
supaya murid dapat menyampaikan maksud dengan tepat.



 i. Sebutan

 Sebutan diajarkan supaya murid dapat menyebut

 kata dengan betul. Sebutan bahasa Melayu yang

 diajarkan di sekolah hendaklah sebutan bahasa

 Melayu baku.



ii. Intonasi

 Intonasi ayat bahasa Melayu hendaklah diajarkan

 mengikut pola ayat yang berikut:

- ayat penyata

- ayat tanya

- ayat perintah


- ayat seruan

- ayat terbalik atau songsang

- ayat aktif

 - ayat pasif



Pola intonasi bagi ayat yang panjang juga perlu diajarkan
agar murid dapat menyampaikan maksud dengan jelas.



* Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu ialah buku
tatabahasa pegangan yang menjadi sumber rujukan
dalam pengajaran dan pembelajaran.



* Buku Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia Edisi Kedua
ialah buku panduan ejaan yang menjadi rujukan dalam
pengajaran dan pembelajaran.





d. Kosa kata



Kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah.
Penguasaan kosa kata di peringkat sekolah rendah perlu
dikukuhkan, ditingkatkan dan dikembangkan selaras dengan
pertambahan ilmu dalam mata pelajaran peringkat sekolah
rendah.







e. Peribahasa



Peribahasa merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan,
pepatah, bidalan, perbilangan, dan kata hikmat yang perlu
diajarkan dalam pendidikan Bahasa Melayu. Pemilihan
peribahasa hendaklah mengutamakan falsafah, keperibadian,
dan nilai murni masyarakat Malaysia. Peribahasa hendaklah
diajarkan dalam konteks. Buku-buku peribahasa Melayu boleh
dijadikan sumber rujukan.





PENGISIAN KURIKULUM

Elemen dalam pengisian kurikulum ialah ilmu, nilai murni,
kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya, dan kemahiran bernilai
tambah. Semua elemen ini diserapkan dalam konteks bagi
kemahiran bahasa yang terdapat dalam Hasil Pembelajaran.
Penerangan ringkas bagi setiap pengisian ini adalah seperti yang
berikut:



a. Ilmu



Ilmu merangkumi pelbagai bidang ilmu dan disiplin,
contohnya ilmu bidang sains dan geografi yang boleh
digunakan untuk memperkembang ilmu bahasa dan
kemahiran bahasa. Ilmu juga termasuk perkara semasa yang
boleh dipertimbangkan oleh guru dalam pengajaran dan
pembelajaran.





b. Nilai Murni



Penyerapan nilai murni dalam pendidikan Bahasa Melayu
adalah untuk melahirkan insan yang baik serta memiliki
akhlak mulia. Selain itu, penghayatan dan amalan nilai murni
bertujuan untuk membentuk generasi muda yang berhemah
tinggi dan berperibadi mulia. Pemahaman dan kesedaran
tentang nilai murni masyarakat Malaysia harus dipupuk sama
ada secara langsung atau tidak langsung, selaras dengan
nilai sejagat.



Nilai murni ini ialah:



• Baik hati


• Kejujuran


• Berdikari


• Kerajinan


• Hemah tinggi


• Kerjasama


• Hormat-menghormati


• Kesederhanaan


• Kasih sayang


• Kesyukuran


• Keadilan


• Patriotisme


• Kebebasan


• Rasional


• Keberanian
• Kebersihan fizikal dan
mental


• Semangat


 bermasyarakat







c. Kewarganegaraan



Penyerapan unsur patriotisme dan kewarganegaraan dalam
pendidikan Bahasa Melayu mengutamakan pemupukan
semangat cinta dan taat akan tanah air. Pemupukan unsur ini
bertujuan untuk melahirkan warganegara yang baik dan
meningkatkan komitmen terhadap bangsa dan negara.



d. Peraturan Sosiobudaya



Peraturan sosiobudaya dalam pendidikan Bahasa Melayu
meliputi kesantunan bahasa, laras bahasa, dan peribahasa.
Peraturan sosiobudaya ini mencerminkan falsafah dan
keperibadian masyarakat Malaysia.





e. Kemahiran Bernilai Tambah



Kemahiran bernilai tambah ialah kemahiran yang diajarkan
dalam bilik darjah dan dapat diaplikasikan dalam dunia
sebenar murid dan dalam senario dunia yang global.
Kemahiran bernilai tambah yang dimaksudkan ialah
kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa
depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme,
dan pembelajaran kontekstual. Penerangan ringkas tentang
kemahiran bernilai tambah dinyatakan seperti yang berikut:



i. Kemahiran Berfikir



Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui soalan
dan aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif
dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan
menulis. Kemahiran berfikir, sama ada dari segi
mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah, atau
membuat keputusan adalah penting dalam kehidupan
harian dan kerjaya murid pada masa depan.



ii. Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi


Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu
diajarkan kepada murid supaya mereka dapat
menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti
menghantar dan menerima e-mel, menggunakan aplikasi
perisian dalam menyempurnakan tugasan harian, dan
mengakses maklumat melalui internet.






iii. Kemahiran Belajar Cara Belajar



Kemahiran belajar cara belajar perlu diajarkan kepada
murid supaya mereka peka terhadap teknik pembelajaran
yang berkesan. Penguasaan kemahiran ini membolehkan
murid meningkatkan pengetahuan dan cekap bertindak
untuk menghadapi dunia yang sering berubah, dan
mengamalkan pembelajaran seumur hidup.



iv. Kajian Masa Depan



Kajian masa depan ialah satu pendekatan pengajaran
untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap
sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada masa
lampau, masa kini, dan masa depan. Ini bermakna murid
dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta
mengendalikan perubahan supaya murid mendapat
manfaat yang maksimum.



v. Kecerdasan Pelbagai



Kecerdasan pelbagai merangkumi verbal-linguistik, logikmatematik,
muzik, kinestetik, visual-ruang, interpersonal,
intrapersonal, dan naturalis. Oleh itu, guru perlu
mengembangkan potensi kecerdasan murid dengan
menyediakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan
minat dan kecenderungan mereka kerana setiap individu
mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza.



 vi. Pembelajaran Konstruktivisme



Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat
melahirkan murid yang boleh membina pemahaman dan
pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan
pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran
ini menjadikan murid lebih faham, yakin, dan seronok
untuk belajar sepanjang hayat.









 vii. Pembelajaran Kontekstual



Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran
yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian
murid, masyarakat, dan alam pekerjaan. Pembelajaran ini
disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai, secara
konkrit, serta melibatkan latih amal dan berfikir.
Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya
menghubungkaitkan pengetahuan baru secara bermakna
dan menghayati kerelevanan pembelajaran dengan
kehidupan mereka.